Aliff Aziz dan Wawa Zainal percubaan dalam Cinta Vlog

by - 12:28 PM

CINTA VLOG adalah satu percubaan saya dengan Ayie untuk melihat adakah ianya sesuai atau tidak dengan penerimaan penonton terhadap jalan ceritanya. Pada mulanya hanya menghantar sinopsis tanpa sengaja di BMG tingkat dua Media Prima. Seminggu kemudian menerima panggilan dari penerbit saya Darling Ngasri mengatakan pihak stesyen TV9 ingin berjumpa dan terus menetapkan tarikh meeting dan akhirnya pihak stesyen bersetuju untuk memberi peluang kepada saya Kas Roshan selaku pengarah baru bagi menjayakan telemovie Cinta Vlog ini. Pada mulanya agak hairan dengan perkataan V-LOG dengan makna Video dan Blog. Setelah diperjelaskan apakah sebenarnya V-LOG malah fenomena V-LOG telah menular di kalangan remaja barulah pihak stesyen mengetahui apakah yang dinamakan V-LOG. Semasa perbincangan juga disebut bahawa telemovie "Tudung Tweet" menjadi contoh untuk genre cerita remaja terkini yang boleh dibanggakan....Konsep filem "Scott Pilgrim" arahan Edgar Wright menjadi rujukan yang diberikan oleh pihak TV9 kepada team kami supaya boleh menangkap element yang ingin diterapkan dalam Cinta Vlog. Lebih - lebih lagi cerita menggunakan element internet dan juga video.
Pemilihan pelakon telah ditetapkan, seperti biasa TV9 akan memberi pilihan pelakon2 yang mereka inginkan. Penerimaan Aliff Aziz sebagai hero watak Shezz dalam telemovie Cinta Vlog telah dipersetujui. Sebab apa kriteria Shezz amat sesuai dengan Aliff Aziz kerana gaya dan penampilan Aliff Aziz yang bersahaja malah Aliff Aziz adalah seorang penyanyi. Pada mula heroinnya kami menyebut nama Tiz Zaqyah tapi tidak dipersetujui oleh pihak TV9 kerana menyangkakan heroin ni dah biasa tengok di kaca televisyen. Pihak stesyen memberi cadangan Izara Aishah...dalam pemikiran kami merasakan ketika itu memang Izara Aishah sedang sibuk. Maknanya pemilihan artis lain diperlukan...Bagaimana nama Wawa Zainal boleh tercalon sebagai watak Madihah dalam Cinta Vlog....ini adalah secara tak sengaja malah ada berlaku penceritaan sebelumnya yang berlaku terhadap kami berdua...Kas dan Ayie melawat Suhan Movies di Setiawangsa...kami masuk bilik editing dan ternampak video casting Wawa Zainal...masatu Wawa Zainal berlakon dalam Slot Zehra Bunga - bunga Syurga...pendapat Kas dan Ayie mengatakan pelakon ni boleh tahan lakonannya dan sekaligus membuatkan nama dan bakat lakonannya terus melekat dalam ingatan Kas. Masih ingat lagi masatu gambar poster Bunga-bunga Syurga lakonan Wawa Zainal juga berada di dinding bangunan Media Prima ketika masuk menuju ke lif bangunan....tapi malangnya pihak TV9 tidak mengenali siapakan gerangan Wawa Zainal ketika itu...dengan memberitahu yang Wawa Zainal kini telah berlakon dengan TV3 membuatkan pihak TV9 yakin dengan pilihan kami....

Watak seperti Ahda, Sara, Risa dan AK belum ditentukan lagi kerana pihak stesyen memberikan kelonggaran kepada pihak produksi kami memilihnya. Anne Ngasri memang sesuai dengan watak Sara kerana karakternya yang memang nampak gila-gila dan ketara dengan watak-watak yang lain. Di sini timbul persoalan, hero yang kas dah pilih adalah Aliff Aziz dan kebanyakan peminatnya adalah perempuan....Oleh itu atas perbincangan, Zahiril Adzim telah dipilih untuk memegang watak Ahda kerana pelakon lelaki matang perlu ada untuk balancekan di antara penonton lelaki dan perempuan. Pemilihan Zahiril Adzim amat sesuai sangat dalam Cinta Vlog ini menunjukkan perbezaan sikap di antara remaja yang riang ria dan juga seorang karakter yang cool dan baik macam Ahda. Bagi watak Risa dan AK kas memilih pelakon baru untuk mengisi watak ini. Seperti watak Risa yang dilakonkan oleh Janna, kenapa Kas pilih Janna?...jangan terkejut Janna baru berumur 17 tahun 2012 ni...disebabkan masa ujibakat atau casting yg dibuat oleh Kas tempohari...nampak kelihatan bakatnya memang dah ada dalam dirinya sendiri...cuma nak kena guide dan digilap supaya nampak tak kekok. Walaupun risiko..ianya satu perubahan yang segar.....begitu juga watak AK yang dipegang oleh Mizy Razuan. Masih kas ingat lagi semasa Mizy melakukan ujibakat di NS STAR SDN BHD iaitu ofis darling...agak terkejut lakonan yang ditunjukkan oleh Mizy Razuan seakan-akan pelakon KL GANGSTER iaitu pemenang pelakon filem pembantu terbaik iaitu Soffi Jikan...mungkin fenomena genre aksi gangster menular di pemikiran setiap penonton atau kaki wayang sekaligus mempengaruhi pemikiran pelakon-pelakon lelaki yang baru muncul....Kas pun mula risau adakah Mizy nanti akan berlakon sebegini rupa...tapi tidak...setelah diterangkan oleh Kas sendiri kepada Mizy..barulah dia memahami apa yg hendak dibawa dalam watak AK....kas dan ayie merasakan bahawa pergandingan watak shezz dan AK perlulah sepadan...melihat fizikal Aliff Aziz yang tinggi takkanlah kami nak gandingkan dengan pelakon yang ala2 sederhana ataupun rendah...maknanya memang tepatlah pilihan Mizy Razuan menjawat watak AK yang sememangnya selaku antagonist untuk berentap dengan Shezz.

Maka di sini kita dapat lihat, Madihah mempunyai bapa iaitu Rosli Rahman Adam sebagai Pak Ayob, kawannya Sara dan pekerja bapanya iaitu Ahda. Manakala sebelah group lagi iaitu Shezz mempunyai kakak bernama Shazwani dilakonkan oleh Darling Ngasri, kawannya berdua iaitu Risa dan AK...dan tak lupa watak Cameo kita Maria Elena dalam Cinta Vlog sebagai Maria Elena juga. Teringin juga ingin mengambil watak Mat Luthfi sebagai cameo tapi kedengaran dirinya berada di luar negara....tak tercapai impian itu...tapi takpe..tak menjadi masalah....itu perkara kecik... Maka dengan pemilihan pelakon2 yang ada inilah yang Kas dan Ayie ingin membentuk sebuah cinta remaja yang ringkas malah memberi kesan kepada masyarakat yang menontonnya. Walaupun kisahnya agak simple tetapi emosi hingga akhirnya memberikan kesan yang agak mendalam. Secara keseluruhan cerita dan juga pandangan penonton yang selalu kas lihat di twitter malah juga di youtube...di sini kas sertakan linknya :

Bukan sebuah cerita yang dibuat - buat...Walaupun kas tau ada banyak kelemahan dalam cerita ini malah Cinta Vlog mempunyai ciri - ciri keistimewaannya tersendiri. Semasa ditayangkan di TV9 ia juga mendapat rating sebanyak 700 ribu viewers penonton dan twitter mencapai trending malah watak @mariaelenazarul yang berlakon satu scene jugak trending membuatkan Cinta Vlog ini kas pikir ada sesuatu yang tersirat. Setelah diselidik segala-galanya memang penerimaan Cinta Vlog dengan masyarakat amat sesuai. Jalan cerita amat dititikberatkan dalam menjayakan cerita Cinta Vlog ini...Penulis skrip Kas iaitu Ayie juga dulunya seorang pelukis komik amat menekankan aspek dialog dan dinamiknya sebuah skrip. Penelitian dalam memilih naskah sebelum di filemkan adalah perkara yang sangat kas tekankan. Sekiranya cerita yang kas baca tidak membuat Kas tertarik untuk menerimanya...macamana Kas nak membuatkan penonton bole terima dengan karya yang akan kas hasilkan....Bukan sahaja cerita itu perlu menarik malah dinamiknya penceritaan dan flow cerita yang bole membuatkan penonton "melekat" duduk sehingga tamat perlu ada dalam karya yang Kas hasilkan.

Kerjasama team amat juga diambil berat....pengarah videografi kita iaitu Abg Din Sabah begitu sesuai bekerjasama dengan Kas...Abg Din amat memahami apa yg ingin Kas luahkan dari segi shot dan composition...Kami melakukan penggambaran hanya dalam 7 hari...Banyak perkara yang gagal kas nampak ketika dalam menyiapkan sesi penggambaran...apapun kas harap itulah yang terbaik yang dapat kas hasilkan bersama pasukan Cinta Vlog....Kas sempat membuat satu video klip untuk Aliff Aziz yang bertajuk Cinta Ya Cinta...pada mulanya ingat nak ambik lagu yang bertajuk Poking, Poking tu...nampak tak berapa sesuai...juga ada kelainan yang kas buat dalam video klip Cinta Ya Cinta @aliffaziz...nampak simple tapi amat berkesan.... Satu perkara tentang Shezz yang Kas suka...iaitu Shezz penuh dengan gaya bila membuat Vlog...di sini saja, memang akan membuat penonton nampak bahawa watak Shezz memang kena dengan Aliff Aziz....mengapa Madihah bole jatuh cinta dengan Shezz bukan Ahda...sebab hero dan heroin kan...? HAHAHAHA tetapi kalau dalam realitinya sepadan ke Shezz dan Madihah...lebih baik Madihah kawin dengan Ahda.. baru secocok kan...tanyalah penulis skrip kita kenapa endingnya begitu...hmmmm Risa gadis HOT yg dilakonkan oleh Janna Nick kenapa Shezz tak layan..padahal HOT tu...nampak sangat tak natural sebab Risa adalah seorang yang naif....dia buat semuatu untuk menarik perhatian Shezz...padahal Shezz terpikat dengan Madihah yang biasa dan kurang keyakinan diri..apa dialognya yang best..."ASSALAMUALAIKUM, SAYA MADIHAH, MADIHAH BINTI AYOB..SEBENARNYA NI ADALAH POS PERTAMA SAYA, SEBABTU SAYA TAKDE IDEA NAK CAKAP APA. ANGGAP SAJALAH INI SALAM PERKENALAN DARI SAYA. INSYAALLAH SAYA AKAN POS VIDEO LAIN LAGI LAIN KALI. ITU SAJALAH. TERIMA KASIH KERANA DAPAT SUDI DENGAR. ASSALAMUALAIKUM" hehehe... Oleh itu, kepada pembaca atau penonton yang minat kepada Cinta Vlog...inilah salah satu penerangan proses pembikinan Cinta Vlog yang dapat Kas kongsikan...Kita tak sempurna, walau ada silap dan salah yang tak suka..ingin dimaafkan....Semoga kita doakan yang terbaik untuk akan datang....Wassalam

You May Also Like

1 comments

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.