Drama SEPAI penuh aksi dan komedi berkonsep SPY

by - 12:27 PM

Drama aksi komedi penyiasatan tajuknya #SEPAI berasal dari bahasa Inggerisnya SPY menjadi sebutan Melayu iaitu SEPAI. Arahan seorang pengarah baru iaitu KAS ROSHAN terbitan NS STAR SDN BHD. Dilakonkan oleh hero yang tak asing lagi iaitu ALIFF AZIZ aka MAUN. Gabungan heroinnya MYZA ARYQA aka CHIKA yang pernah berlakon filem JIWA TAIKO arahan Osman Ali. Kenapa Myza dipilih watak Chika dalam SEPAI kerana Myza mempunyai bakat fight dan stunt malah senang juga untuk dikoreograf dalam aksi babak perlawanan.

BELL NGASRI aka PUTAT sebagai pasangan Spy yang akan bergabung dengan Aliff Aziz bagi menjayakan misi mencari harta arwah bapa Maun iaitu watak yang dilakonkan oleh Aliff Aziz. Syarikat Putat iaitu PUTAT n CO telah diupah oleh AZZA ELITE aka ROSNAH. Rosnah telah berniat ingin membolot semua harta kepunyaan Bapa Maun iaitu Dato Bahrin. Setelah berkomplot dengan MIZY RAZUAN aka JOBOT membunuh bapa Maun, Rosnah berasa hairan kerana PEGUAM ZAMAN mengatakan yang arwah Dato Bahrin mempunyai seorang waris atau anak iaitu Maun...Rosnah merasakan rancangan yang dibuatnya bukan semudah yang disangkakan. Dengan itu, Rosnah mengupah Putat untuk menyiasat seluruh harta - harta peninggalan suaminya itu. Dalam siasatan Putat juga seorang yang tidak boleh dipercayai dan Putat telah membelot Rosnah kerana ketamakannya.

Oleh kerana tidak percayakan Putat, Rosnah juga mengupah Syarikat penyiasatan kepunyaan Chika iaitu MERPATI JINGGA dan ANNE NGASRI aka MELL menjadi rakan kongsi kepada Chika untuk menyiasat juga tindak tanduk Putat apa yang telah dibuatnya.

Putat merasakan bahawa Maun dalam kisah ni memang tidak bersalah. Disebabkan Rosnah mak tirinya itu seorang yang tidak jujur dan tamakkan harta arwah bapanya, Maun bercadang ingin membuktikan dengan orang kampung atau orang yang paling dekat dengannya iaitu IZNI FATIN aka MANISAH. Manisah merupakan kenalan Maun dari kecik.


Percintaan Maun dan Manisah tidak dipersetujui oleh ROSLI RAHMAN ADAM aka PAK HASSAN kerana memperlekehkan pekerjaan Maun sebagai seorang gembala kambing. Disebabkan ingin membuktikan dirinya sendiri sebagai seorang yang berjaya, Maun menyertai Putat untuk menyiasat di mana harta arwah bapanya disorokkan. Dengan kelebihan yang ada pada Maun iaitu bijak mencari barang yang hilang, atas kelebihan inilah yang digunakan oleh Putat supaya Maun dapat menjadi rakan kongsinya.

Drama SEPAI ini mempunyai 13 EPISOD keseluruhannya. Bergenre aksi komedi penyiasatan, drama Sepai ini akan membawa penonton untuk melihat bagaimana Maun dan Putat menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam menjalani penyiasatan mencari harta arwah bapanya. Penggambaran Sepai dijalankan di sekitar Meru, Klang dan area Kuala Lumpur. Turut menjadi pembantu pelakon dalam menjayakan drama Sepai ini iaitu RAIN ALI aka RAIN & GAIA ADNAN aka RICKY menjadi orang kanan JOBOT dalam geng Labah - labahnya...

Terdapat kumpulan peguam yang akan membantu Maun dan Putat iaitu FAIZ HALED aka PEGUAM ZAMAN & AYDA JEBAT aka PEGUAM TIRANA.

Watak JOJO AZLYM aka JOJO & ALIFF FARHAN aka MARCO sebagai konco - konco Jobot. ATY EZZATY aka AYU juga berlakon sebagai pasangan Jojo dalam episod 6 drama SEPAI.

Sepai juga menampilkan babak - babak perlawanan dan aksi. Terdapat 4 aksi perlawanan yang besar dalam keseluruhan drama Sepai. Watak DIDI FIRDAUS aka LEMAN juga memberikan impak perlawanan yang berkesan. Perlawanan Leman dengan Jobot dalam episod 12 Sepai juga amat memberangsangkan. Walaupun pada mulanya pengarah Kas Roshan tidak berniat untuk melakukan babak perlawanan itu....di atas permintaan Mizy Razuan dan Didi Firdaus, perlawanan itu dilakukan untuk menunjukkan bakat masing - masing dalam apa yang ingin dipersembahkan.


Di harap drama Sepai ini akan menjadi buah mulut di kalangan penonton dan juga ratingnya.  Drama episod yang akan membuatkan penonton akan ketawa dengan melihat telatah pelakon komedi Bell Ngasri, juga babak - babak yang akan mengejutkan penonton. Di harap penonton di luar sana dapat berkongsi dan share maklumat Drama Sepai ini sebelum tayangan akan disiarkan...tarikhnya akan diberitahu nanti....InsyaALLAH...
Di sini juga kami sertakan video serba sedikit tentang drama SEPAI.......:)

You May Also Like

0 comments

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.