FILEM SUNTI arahan JAMES LEE filem ke 9 lakonan IZZUE ISLAM

by - 5:40 AM

FILEM SUNTI@FACEBOOK.COM arahan JAMES LEE terbitan NSK SDN BHD kini memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Filem ini bergenre horror dan thriller yg ditulis oleh SHAHRIZA MAHMUD. Antara pelakon yg berlakon dalam filem sunti ini adalah IZZUE ISLAM, FAUZIAH GOUS, SYAZWAN ZULKIFLY, DIDDY AF, ANAS MENTOR, LUFYA OMAR, MIZY RAZUAN, TYA ADNAN, WAWA ARIANA, ARIEF FARHAN & tak lupa juga pelakon hot dari negara seberang iaitu JENNY CORTEZ.

Mengisahkan sekumpulan remaja yang akan diburu oleh seorang wanita bernama SUNTI. Setiap orang yg dibunuh oleh SUNTI akan di add dan chat dalam facebook. Tya Adnan sebagai Durra merupakan seorang wanita nerd yg selalu inginkan Asyiq lakonan Izzue Islam menjadi teman rapatnya.
Memandangkan Asyiq adalah pelajar lelaki glamour di kolej membuatkan Asyiq dan gengnya ingin mengenakan Durra. Durra di malukan oleh Asyiq dan rakan-rakannya, akibat dari kejadian tu Durra bunuh diri dengan terjun dari tingkat 5 bangunan kolej. Sejak dari kejadian itu mereka semua akan di timpa malang. SUNTI akan memburu ke semua mereka yang terlibat. Mari kita sama - sama menunggu filem SUNTI@FACEBOOK.COM ini di pawagam akan datang.

MAKING OF FILEM SUNTI@FACEBOOK.COM

You May Also Like

0 comments

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.